Wednesday, February 9, 2022

SESI II 2021:2022

 

PENGUMUMAN KEMASUKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN PENDIDIKAN TINGGI (IPT) BERMULA MAC 2022

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan kemasukan pelajar ke kampus sama ada tempatan atau antarabangsa bermula Mac 2022, berjalan lancar seperti yang telah diputuskan pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 ke -12 dan pengumuman oleh YB Menteri Kanan Pertahanan pada 9 Febuari 2022.

Kami di PMS menyambut baik keputusan yang dibuat oleh KPT dalam memberi fleksibiliti kepada IPT dalam menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian kepada pelajar dan membuka kembali IPT dengan membenarkan kemasukan sebanyak 70% hingga 100% mengikut kapasiti IPT.

Wednesday, February 2, 2022

SOP PENDAFTARAN PELAJAR

Berikut adalah SOP Pendaftaran Pelajar Baharu dan Pelajar Senior. Harap dapat dipatuhi bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.





Monday, September 20, 2021

KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Proses PdP akan dilaksanakan secara hidbrid dengan pematuhan SOP yang telah diluluskan oleh MKN. Bagi kursus atau program yang dijalankan secara dalam talian, pelajar boleh memilih untuk meneruskan PdP secara dalam talian di lokaliti masing-masing.

Aktiviti-aktiviti melibatkan makmal, bengkel, studio dan penyelidikan boleh dijalankan secara berkumpulan, berpandukan SOP yang ditetapkan.

PERGERAKAN PELAJAR KE KAMPUS

 

KPT telah menetapkan proses kemasukan pelajar ke kampus dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober 2021 mengikut kalendar akademik IPT masing-masing. Pergerakan pelajar kembali ke kampus adalah berdasarkan kepada dua perkara berikut :

  • Bagi IPT di Semenanjung, hanya surat kebenaran kembali ke kampus daripada IPT diperlukan
  • Bagi IPT di Sarawak, Sabah dan Labuan adalah tertakluk kepada SOP yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan negeri masing-masing. Pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran rentas daerah.negeri daripada PDRM dan menjalani ujian Swab RT-PCR. (kos yang perlu ditanggung oleh pelajar, ujian ini akan diberikan secara percuma di klinik-klinik kesihatan kerajaaan.

SYARAT KEMASUKAN PELAJAR KE IPT

 

Kemasukan pelajar ke IPT bermula 15 Oktober ini melibatkan :

  • Kemasukan Pelajar yang telah lengkap divaksin
  • Melibatkan semua kategori pelajar dan semua Fasa PPN dimana keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.
  • Hanya pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik yang telah mendapatkan suntikan dos vaksin lengkap dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin dibenarkan masuk ke kampus
  • Perkara ini tertakluk kepada kapasiti IPT dengan mematuhi SOP yang ditetapkan
  • Bagi pelajar yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, mereka diminta untuk menghubungi IPT masing-masing untuk penyelarasan

KEMASUKAN KE KAMPUS SECARA BERPERINGKAT

 

Kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara fizikal ke kampus akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober ini, kata Menteris Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad hari ini. Beliau berkata ia melibatkan pelajar yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, merangkumi semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.

Melalui proses kemasukan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi : Pengoperasian IPT, selain pelajar hanya staf yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 serta melepasi tempoh keberkesanan vaksin dibenarkan untuk berada di kampus. Keberadaan warga IPT yang telah lengkap divaksin akan membentuk komuniti sosial yang selamat serta mewujudkan persekitaran Fasa Empat PPN di dalam kampus.

SOP yang ketat perlu diamalkan bagi menguruskan pergerakan keluar dan masuk. Sebahagian besar daripada 1.2 juta pelajar IPT telah menjalani aktivti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian melebihi tiga semester berturut-turut ekoran pandemik COVID-19 dengan aspek keselamatan dan pengoperasian IPT amat dititikberatkan.


SESI 1 2021:2022

 KENYATAAN MENTERI KPT

Kemasukan semula pelajar secara fizikal ke kampus bagi Sesi 2021/2022 akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan mereka yang sudah lengkap vaksinasi bermula 15 Oktober 2021 mengikut kalendar akademik institusi masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk seri Dr Noraini Ahmad berkata ia dilaksanakan mengikut kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha untuk memastikan kelestarian kualiti pendidikan tinggi negara, disamping meletakkan keselamatan dan kebajikan pelajar sebagai keutamaan.

Kemasukan semula penuntut yang telah lengkap divaksin ke IPT ini membabitkan semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira input sesi libat urus bersama MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM), pengurusan IPT meliputi Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan wakil persatuan IPT swasta (IPTS), serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan wakil kesatuan/persatuan pelajar.



SESI II 2021:2022

  PENGUMUMAN KEMASUKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN PENDIDIKAN TINGGI (IPT) BERMULA MAC 2022 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memasti...