Monday, September 20, 2021

KEMASUKAN KE KAMPUS SECARA BERPERINGKAT

 

Kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara fizikal ke kampus akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober ini, kata Menteris Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad hari ini. Beliau berkata ia melibatkan pelajar yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, merangkumi semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.

Melalui proses kemasukan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi : Pengoperasian IPT, selain pelajar hanya staf yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 serta melepasi tempoh keberkesanan vaksin dibenarkan untuk berada di kampus. Keberadaan warga IPT yang telah lengkap divaksin akan membentuk komuniti sosial yang selamat serta mewujudkan persekitaran Fasa Empat PPN di dalam kampus.

SOP yang ketat perlu diamalkan bagi menguruskan pergerakan keluar dan masuk. Sebahagian besar daripada 1.2 juta pelajar IPT telah menjalani aktivti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian melebihi tiga semester berturut-turut ekoran pandemik COVID-19 dengan aspek keselamatan dan pengoperasian IPT amat dititikberatkan.


No comments:

Post a Comment

SESI II 2021:2022

  PENGUMUMAN KEMASUKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN PENDIDIKAN TINGGI (IPT) BERMULA MAC 2022 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memasti...