KENYATAAN MENTERI KPT
Kemasukan semula pelajar secara fizikal ke kampus bagi Sesi 2021/2022 akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan mereka yang sudah lengkap vaksinasi bermula 15 Oktober 2021 mengikut kalendar akademik institusi masing-masing.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk seri Dr Noraini Ahmad berkata ia dilaksanakan mengikut kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha untuk memastikan kelestarian kualiti pendidikan tinggi negara, disamping meletakkan keselamatan dan kebajikan pelajar sebagai keutamaan.
Kemasukan semula penuntut yang telah lengkap divaksin ke IPT ini membabitkan semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira input sesi libat urus bersama MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM), pengurusan IPT meliputi Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan wakil persatuan IPT swasta (IPTS), serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan wakil kesatuan/persatuan pelajar.
No comments:
Post a Comment