Aktiviti-aktiviti melibatkan makmal, bengkel, studio dan penyelidikan boleh dijalankan secara berkumpulan, berpandukan SOP yang ditetapkan.
Monday, September 20, 2021
KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PERGERAKAN PELAJAR KE KAMPUS
- Bagi IPT di Semenanjung, hanya surat kebenaran kembali ke kampus daripada IPT diperlukan
- Bagi IPT di Sarawak, Sabah dan Labuan adalah tertakluk kepada SOP yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan negeri masing-masing. Pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran rentas daerah.negeri daripada PDRM dan menjalani ujian Swab RT-PCR. (kos yang perlu ditanggung oleh pelajar, ujian ini akan diberikan secara percuma di klinik-klinik kesihatan kerajaaan.
SYARAT KEMASUKAN PELAJAR KE IPT
Kemasukan pelajar ke IPT bermula 15 Oktober ini melibatkan :
- Kemasukan Pelajar yang telah lengkap divaksin
- Melibatkan semua kategori pelajar dan semua Fasa PPN dimana keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.
- Hanya pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik yang telah mendapatkan suntikan dos vaksin lengkap dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin dibenarkan masuk ke kampus
- Perkara ini tertakluk kepada kapasiti IPT dengan mematuhi SOP yang ditetapkan
- Bagi pelajar yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, mereka diminta untuk menghubungi IPT masing-masing untuk penyelarasan
KEMASUKAN KE KAMPUS SECARA BERPERINGKAT
Melalui proses kemasukan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi : Pengoperasian IPT, selain pelajar hanya staf yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 serta melepasi tempoh keberkesanan vaksin dibenarkan untuk berada di kampus. Keberadaan warga IPT yang telah lengkap divaksin akan membentuk komuniti sosial yang selamat serta mewujudkan persekitaran Fasa Empat PPN di dalam kampus.
SOP yang ketat perlu diamalkan bagi menguruskan pergerakan keluar dan masuk. Sebahagian besar daripada 1.2 juta pelajar IPT telah menjalani aktivti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian melebihi tiga semester berturut-turut ekoran pandemik COVID-19 dengan aspek keselamatan dan pengoperasian IPT amat dititikberatkan.
SESI 1 2021:2022
KENYATAAN MENTERI KPT
SESI II 2021:2022
PENGUMUMAN KEMASUKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN PENDIDIKAN TINGGI (IPT) BERMULA MAC 2022 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memasti...